Perbandingan Maxis Broadband dan P1 Wimax


Assalamualaikum dan salam sejahtera, pada petang yang indah ni aku sebenarnya baru balik dari sebuah pasaraya terkemuka untuk golongan sederhana dan rendah (aku rasa orang kaya tak shopping kat sini) dan terserempak dengan booth penyedia perkhidmatan jalur lebar kat Malaysia ni, tak lain tak bukan Maxis Broadband dan P1 Wimax.

Kedua-dua jalur lebar ni aku pernah gunakan dan sedang aku gunakan, kepada yang rapat dengan aku dan kadang-kadang bertanyakan pengalaman aku menggunakan kedua-dua jalur lebar tanpa wayar kat Malaysia ni, tentu dah tahu apa yang aku ingin katakan tentang kualiti jalur lebar di Malaysia ini. Oh tidak, bukan aku nak merendah-rendahkan kualiti perkhidmatan jalur lebar di negara sendiri, cumanya masih belum memuaskan berbanding negara lain.

Sebelum aku mulakan perbandingan bedasarkan kajian  terhadap kedua-dua jalur lebar wayarles ni, aku ingin katakan bahawa kedua-dua broaband ini aku dah uji dan 4 tempat yang berlainan di Lembah Kelang sahaja. Jadi kalau yang luar dari area yang aku test power tu, mintak maaf la coz tak dapat nak bantu…huhu

Baiklah, pertamanya aku ingin kenalkan korang (yang mungkin belum kenal) kepada Maxis Broadband dan P1 Wimax. Jalur lebar Maxis ini menggunakan teknologi 3G dan HSPA yang berteraskan teknologi telefon selular 3G dan gelombang mikro. Seterusnya, kalau tak silap aku, Maxis Broadband ni wujud  dan meningkat namanya sekitar tahun 2007 dan dikeluarkan dengan pakej kelajuan mesra-pengguna 3.6Mbps melalui modem bujur Huawei.

Gambar dari Google Image

Aku sendiri menggunakan broadband Maxis ini sejak tahun Februari 2008 sehingga Februari 2009 (anggaran tarikh kontrak tamat) dan amatlah berpuas hati dengan kualiti serta kelajuan Maxis Broadband ni dan aku sendiri mencadangkan kepada semua orang yang tak nak menggunakan Streamyx atau TM Unifi (both is landline and still the best…) supaya melanggan Maxis Broadband.

Walaupun demikian, Maxis Broadband ini mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Kelebihan yang aku dapat tengok dalam Maxis Broadband adalah mobiliti dan kelajuan, tak sampai 1 minit satu video penuh Youtube, sekarang cuba korang test berapa lama broadband korang ambik masa nak completekan loading satu video kat Youtube yang masanya lebih kurang 5 Minit.

Selain dari itu, sambungan rangkaian jalur lebar Maxis untuk area Shah Alam baik malah liputan Maxis Broadband di kampung halaman aku di Ampang, Kuala Lumpur tersangatlah full dan keadaan itu membuatkan aku sering suka balik kampung..huhu..

Kekurangan Maxis Broadband semasa aku gunakan adalah tidak semua kawasan disokong dan liputan amat terhad. Sekiranya rangkaian HSDPA atau UMTS tidak kelihatan, modem akan berpindah kepada mode EDGE dan GPRS :(  . Sebagai contoh, dirumah sepupu aku di Cheras, modem hanya dihubungkan dengan kelajuan EDGE dan semasa cuti sekolah aku pergi ke Port Dickson, modem hanya dihubungkan dengan kelajuan GPRS, jadi jangan haraplah nak layan Youtube time tu, nak login Yahoo Messenger pun amik masa 5 minit.

Selain itu, kekurangan Maxis Broadband yang aku rasai ialah modemnya kadangkala cepat panas. Walaupun setahun aku guna Maxis Broadband, aku tak dapat lari dari rasa bimbang yang modem tu seolah-olah akan rosak jika digunakan terlalu lama malah suhu modem tu ibarat tangan memegang telur rebus.…huhu

Selain itu, bagi membolehkan keadilan dalam penggunaan jalur lebar Maxis Broadband, pihak Maxis telah menetapkan had atau sekatan bandwith yang dikenali sebagai Fair Usage Policy. Hal ini secara tidak langsung menghadkan penggunaan jalur lebar terhadap penggunanya. Walaubagaimanapun, sekatan bandwith ini berbeza-beza bagi pelan yang dilanggan.

Walaubagaimana, jika dibandingkan dengan jalur lebar lain setakat tahun 2009, Maxis Broadband antara yang terbaik.

Seterusnya, ialah P1 Wimax iaitu sebuah syarikat baru setahun pop-corn (memetik kata-kata Khai semasa dia chat ngan aku di Facebook). P1 Wimax menggunakan teknologi gelombang mikro yang dipancarkan secara terus dari base-station yang selalunya mempunyai liputan radius 50km. P1 Wimax terdiri daripada modem DV-230 yang menggunakan kuasa elektrik di rumah atau modem Wiggy yang menggunakan kuasa USB.

Modem DV-230 dari P1 yang menggunakan kuasa elektrik

Modem Wiggy USB dari P1 yang comel dan bergaya

Disebabkan benda ni merupakan teknologi baru, jadi sesiapa diluar sana mungkin tahu yang bagaimana kualiti P1 Wimax ni, sekejap laju, sekejap slow, sekejap blinking untuk connecting dan sekejap takde line terus. Jadi, untuk mengelakkan keseriusan masalah ni, aku cadangkan sesiapa yang rasa-rasa baru nak menggunakan P1 Wimax ni, sendiri mau ingat lah ye…

Pertama sekali biar aku cerita pengalaman aku dengan P1, sebab apa, benda P1 ni masih lagi baru dan kebanyakan user diluar sana nak tahu apa pandangan pengguna sedi ada P1,  daripada apa yang aku ingin perkatakan adalah kelajuan yang amat laju tetapi bergantung kepada kawasan yang anda gunakan disamping pengaruh kualiti signal modem P1 kepada base-station.

Aku mula menggunakan perkhidmatan P1 Wimax mulai September 2009 kerana terpengaruh dengan iklan POTONG! dari P1 yang acap kali disiarkan semasa Buletin Utama dengan kontrak 24 bulan (September 2009 – September 2011) . Sebab apa 24 bulan, mengikut pakej yang ditawarkan dalam website syarikat P1, aku mendapati yang 24 bulan layak dapat free modem berbanding 12 bulan yang kena bayar RM 199. Membazir!

Baiklah, cukup cerita pasal pendaftaran P1. Untuk menguji kehebatan P1 Wimax ni, aku cuba menonton drama Nur Kasih di laman web TV3 (memang terlepas satu episod, jadi followup dekat web TV3) dan nyata sekali tidak memerlukan loading atau buffer semasa menonton. Memang tersangat hebatlah teknologi P1 Wimax ini. Jadi sesiapa yang duduk di sekitar area Lembah Kelang, silalah daftar P1 ini sebab coverage untuk area ini agak baik.

Berbalik kepada topik, Kelebihan P1 Wimax dapat dilihat melalui dua perspektif yang berbeza, tak seperti Maxis Broadband tadi, P1 Wimax mempunyai 2 set modem (macam yang aku katakan diawal tadi…) dan setiap modem mempunyai kelebihan yang tersendiri.

Kelebihan P1 Wimax adalah yang paling utama dari segi pengaktifan semasa pendaftaran. Korang tak perlu menunggu lama selepas mendaftar, hanya serahkan MYKAD bersama lesen memandu, korang boleh menikmati Internet mulai sejam selepas pendaftaran. Hebat kan?

Selain itu, bagi pelangan modem DV-230 korang dapat melaksanakan perkongsian capaian Internet wireless tanpa melalui router (save duit), dengan hub USB sedia ada untuk access point, maka korang hanya perlu meletakkan modem korang pada posisi yang betul seperti yang diberitahu oleh Khai . Selain itu, apa yang aku ketahui tentang kelebihan modem DV-230, korang boleh melaksanakan port-forwarding atau meletakkan tapisan firewall melalui panel kawalan P1 Wimax.

Dari segi kelajuan, terus-terang aku cakap yang kelajuan P1 Wimax adalah tidak konsisten kerana bergantung kepada gelombang mikro dan jarak antara korang dengan base station. Hal ini boleh dilihat melalui Signal Strength di Administration Panel. Namun, kelajuan P1 Wimax ini ada kalanya tersangatlah laju. Malah ada yang menganggap P1 Wimax adalah Streamyx versi tanpe wayar…huhu

Panel kawalan P1 Wimax. Screenshot masa tengah hujan lebat di Shah Alam ni..

Manakala, kekurangan pengguna P1 Wimax yang paling utama kawasan liputan yang terhad. Kadnagkala, dalam rumah sendiri pun hanya ruang tamu atau bilik tidur yang ada coverage, selain dari tu semuanya blinking atau searching signal sahaja. Bagi sesetengah kawasan, liputan P1 Wimax yang sangat lemah atau diisytiharkan sebagai congested-area dimana terlalu banyak pengguna dihubungkan kepada satu base station yang sama.

Seperti juga Maxis Broadband, pengguna P1 Wimax dikenakan had sekatan bandwith yang berbeza-beza. Namun, sekatan melalui Fair Usage Policy ini hanya dikenakan terhadap pengguna yang melanggan pakej Home sahaja.

Selain itu, untuk pelanggan modem DV-230  korang perlukan sumber tenaga elektrik. Jadi, kadangkala seperti yang diketahui umum bahawa liputan P1 Wimax amat baik jika modem tersebut diletakkan dan dihalakan ketepi tingkap rumah, jadi bagi sesetengah rumah yang tiada plug elektrik di kawasan berhampiran tingkap, hal ini mungkin menjadi suatu beban.

Maka , disebabkan kuasa elektrik diperlukan, modem ini tiada langsung ciri-ciri portability jika korang sering bergerak kemerata tempat. maka korang perlu melanggan modem Wiggy yang ditawarkan mengikut pelan yang berbeza.

Modem Wiggy dari P1 - Gambar dari Google Image

Jadi, itulah sedikit sebanyak yang aku dapat kongsikan sepanjang pengalaman aku dari 2007 hingga kini dalam menggunakan perkhidmatan jalur lebar tanpa wayar di Malaysia ini. Sebenarnya, kedua-dua jalur lebar seperti Maxis Broadband dan P1 Wimax ini boleh digelarkan sebagai jalur lebar alternatif bagi jalur lebar Streamyx atau TM Unifi.

Entri ini ditaip pada petang yang sejuk di Shah Alam pada 25 April 2010, jadi jikakalau korang membaca entri ini pada masa hadapan (5-6 bulan akan datang), mungkin ada maklumat yang bertentangan dan tidak boleh digunakan lagi. Namun, apa yang aku ingin jelaskan disini agar apa yang aku tulis ini dijadikan panduan khususnya bagi sesiapa yang mencari-cari jalur lebar tanpa wayar yang berkualiti atau yang ingin membandingkan antara kedua-dua jalur lebar ini.

Apa yang ditulis adalah pandangan dan penilaian aku terhadap 2 syarikat ISP ini. Kini, pilihan telah pun berada ditangan anda, samada Maxis Broadband atau P1 Wimax, anda yang tentukan. You call the shot.

Kepada pengguna-pengguna sedia ada P1 atau Maxis (atau juga ISP lain) yang ingin berkongsi pengalaman, bolehlah meninggalkan komen pada ruangan dibawah. Jika berminat untuk membaca lanjut, anda digalakkan membaca pengalaman dan pandangan terhadap P1 W1MAX setelah 2 tahun menggunakan perkhidmatan mereka.

51 thoughts on “Perbandingan Maxis Broadband dan P1 Wimax

    1. Internet slow = narrowband
      internet laju guna wayar = broadband
      internet laju x guna wayar (cucuk USB) = WiMax / wireless broadband
      Syarikat broadband guna wayar paling popular = Streamyx, Jaring
      Syarikat broadband tak guna wayar paling popular = maxis , celcom, P1

        1. kat tempat aku ni di Shah Alam aku pakai kawan aku punya thn lepas, agak slow ngan line putus-putus walaupun termampang signboard besar, INI WILAYAH CELCOM…huhu

  1. “Oh tidak, bukan aku nak merendah-rendahkan kualiti perkhidmatan jalur lebar di negara sendiri, cumanya masih belum memuaskan berbanding negara lain.”

    Sepatutnya macam ni. “Broadband di Malaysia adalah broadband yang paling terbaik sekali di Asia Tenggara dengan pujian dari seluruh pelanggan yang tidak putus-putus menelefon khidmat pelanggan mengucapkan terima kasih banyak2″ (nada perli).

            1. @Syafrizal:
              diorang dah menggunakan teknologi laju dan fiber optic, lagipun tenaga kepakaran dah ada di negara diorang.

              Lagipun, cuba tengok institut pendidikan, perniagaan atau kerajaan di Taiwan atau Korea, semuanya menggunakan Internet..bak kata TM, negara tu mengamalkan “paperless society” atau Masyarakt tanpa kertas.

              Jadi bila semua urusan kena menggunakan Internet, maka kerajaan diorang akan nampak benda tu sebagai benda penting sekaligus perlu mengurangkan harga bagi membolehkan masyarakat kelas sederhana menggunakan broadband. Aspek keselamatan sibr jugak diorang hebat.

              Di Malaysia ni, walaupun ada beberapa institusi yang dah mula mengamalkan segalanya melalui Internet, tapi bukan segalanya. Pasal persaingan, camana nak wujudkan persaingan sihat kalau iklan kat tv pun dah kutok mengutuk, POTONG..POTONG, lepas tu company lain buat iklan campak box Wimax dalam tong sampah.. huhu

  2. skang sy pakai celcom berukband..awal2 dulu ok..tp skang slow yang amat…pas2 selalu putus…signal penuh pun ley putus2…tp mase survey sblm beli celcom ni lg byk komen negatif utk maxis berbanding celcom…

    housemate kat rumah guna p1 pakej RM49…u tube mmg bgs..cpt je loading…rasenye die punye lg bgs la dr celcom…dulu nak bli p1 gak..tp kat kg xde coverage lak…so terpaksala beli celcom…

  3. nice info….. mmg suke sngat2… plan dulu nk gak pkai p1 tp coverage kat Trganu limited sngat2… huhuhu… same goes to Maxis… so, klu nk mobility, kne r pkai Celcom jer.. duk umah lyan Streamyx jer…
    .-= Entri terakhir diblog myFirdaus ..~ Kepada Semua Visitor ~ =-.

  4. Nice info, Omar!

    Malas nak cakap pasal Stremyax sebab dah cukup gila selama 7 tahun gunakan dia. Dan sekarang selepas 1 tahun menggunakan W1max kat rumah Bangsar ni, nyata haruslah semua manusia yang duduk area ni, pergi Register P1 ni cepat.

    Mengenai celcom/maxis berukband, mmg boleh online even kat kampung pun. Tapi nak bukak email pun tunggu 10 minit, baik x payah langsung macam W1max lagi bagus. Tak sakit jiwa. Hehehe.

    Thanks untuk trackback tersebut (siap mintak izin tu. Hehehe)..

    1. Internet slow = narrowband
      internet laju guna wayar = broadband
      internet laju x guna wayar (cucuk USB) = WiMax / wireless broadband
      Syarikat broadband guna wayar paling popular = Streamyx, Jaring
      Syarikat broadband tak guna wayar paling popular = maxis , celcom, P1…

  5. hmm… informatif gila review, berdasarkan pengalaman sendiri lak tue.. tapi aku sampai skang pakai streamyx jer.. kalo nak kuar rumah, kuar jelaa ye, buat apa nak gatal2 main intenet lagi.. haha

    p/s: kalo kat moscow, intenet memang laju tahap dewa.. haha, kekadang aku suka plak duk moscow..

    1. betul gak cakap kau, kalau nak keluar rumah, keluar jer takyah Internet, tapi agaknya tu sebab ada kemudahan 3G kot, connect on-the-go..dalam kereta pun boleh layan Facebook.

      yup, kalau ko bandingkan Internet luar negara dengan Internet Malaysia, jauh lebih slow, di UK dulu, memang sedap jer layan BBC Online, balik Malaysia, sedih nak cakap..

  6. Baru pakai maxis berukband 5 day speed lembab macam gila!!!! masa beli promoter cakap takda kontrak bayar rm150 montly rm68. first 6month rm38. kalau pulang balik dapat tak duit yang rm150 tu balik? nak pulang kat promoter or maxis center?
    p1wimax area sri petaling kampung malaysia kuat tak coverage? berapa kena bayar first time?
    saya sangat berharap jawapan dari tuan-tuan….
    last saya pakai desktop jerr ok tak p1wimax?

    1. tak silap saya, dalam konsep maxis beberapa tahun yang lalu, dia takde tempoh percubaan dan kalau tak puas hati memang boleh pulang, cumanya anda akan dilihat seolah-olah melanggar kontrak 1 tahun. Tapi bergantung kepada offer sekarang, rasanya bayaran RM 150 mungkin akan dipulangkan, tapi ianya amat tertakluk kepada pihak Maxis.

      P1 Wimax agak ok di beberapa kawasan dilembah kelang. Namun demikian, ianya mungkin juga jadi lebih teruk dari maxis berukband awak tu disesetengah kawasan juga. Untuk first time kena bayar RM 100 dan second time kena bayar RM 99 (jika pakej 1.2) dan kontrak yang dicadangkan adalah 2 tahun. Sekiranya anda melanggar kontrak, anda perlu membayar baki sewaan. Tapi, p1 wimax ada tempoh percubaaan 7 hari dan kalau tak puas hati boleh pulangkan…

      Keseluruhannya, bergantung kepada area awak, jadi saya sarankan TMNET Streamyx…lagipun awak pengguna desktop dan pengunaan jalur lebar konsep wireless amat tak sesuai…

    1. P1 ada keluarkan modem USB jugak la, nama modem tu WIGGY.
      dikeluarkan dalam 2 pakej, WIGGY 600k atau WIGGY 10mbps… memang laju, tapi depend pada kwsn jugak la..

  7. Dulu aku penah guna celcom broadband.. march 2008 – march 2010.. Mula2 ok.. tapi lama x ok.. selalu DC.. setiap 20 minit… hampeh.. cakap x serupa bikin celcom nie.. Terluas. Terlaju Terhebat.. tp x hebat mana pun.. La nie aku guna maxis broadband.. baru ok..

  8. aku da pkai sume jenis.. eh tak.. digi n streamyx je tak.. pndapat aku la.. maxis broadband plg best.. dload leh cecah 400kbps.. tp avg 200 – 300kbps.. 7/10.. mmg jalan la bisnes movie aku.. yg psl limit tuh.. aku men connect dscnnct je.. hahah.. cara tuh je la aku nk lps limit tuh.. byr bln2 pn rm140 bg aku kire mhl ahh..
    after 2 thn gne maxis.. aku try plak p1wimax pakej Rm99 (bes plak tgk iklan dier potong2 XD) klu bleh mmg aku nk stay maxis.. sbb bkn aku sorg je nk gne internet. adek aku skang da pndai tgk cter kt internet haih.. hari2 korean drama je.. terpakse la tuka.. dload speed.. aku bg 3/10 .. 50 – 170kbps.. panas nyer aku klu dload speed tak cecah 100kbps..
    celcom.. SLOW !.. mmg last dlm carta aku..

  9. Heemmm best bace review nih. Atleast aku dpat tau ape yg aku nak ambik nt. Nak pakai wimax la. Da test da celcom n maxis kat kawasan aku…memang hampes. On9 pagi bute pun..speed 500kbps jer..ish3. Nak pakai wimax coz terminal die tul2 dekat ngan rumah aku. Memang pernah dgr speed die kite akn dpt lebih dr ape yg kite langgan. Tunggu lepas raye nt la. Nak ambik wigy 3mps.. Ade org kat situ ckp..sometimes speed die..die dpt 5mps..pergh..laju tahap “flying thunder God” tu…hahaha

  10. Salam, saya adalah pengguna P1 WiMax sejak Mac2009. 2 bulan pertama guna P1 memang tension. Rupanya coverage dia belum menyeluruh kat area saya (Puchong Indah) pd masa tu. Liputannya semakin baik selepas May2009. Tips saya untuk sesiapa yg nak guna P1 WiMax -“Pastikan anda tahu di mana lokasi basestation”. Bagi kes saya, base station terletak di atas bumbung sebuah rumah kedai 2 tingkat di Puchong Intan. Bila dah tahu lokasi base station, halakan modem ke arahnya… insya’Allah anda akan happy dgn P1 WiMax.

    Apa yg saya suka dgn P1 WiMax:
    1- P1 akan inform kita via sms jika ada gangguan network di area kita cth: ada kerja2 maintenance dan inform sekali lagi setelah network pulih.
    2- Jika network down, P1 akan bagi rebate dalam bil bulanannya. Cth: jika 1 hari network down, so hanya perlu bayar RM96.xx shj. (Bayaran penuh RM99.00/bulan)
    3- Pada harijadi saya, P1 menghadiahkan saya 2 tiket wayang TGV dan tiket wayang tu sahlaku sehingga 3 bulan.
    4- Ada promosi 5+1 iaitu bayar bil bulanan utk 5 bulan sekali gus dan P1 akan beri percuma 1 bulan.

    1. wow. terima kasih kerana berkongsi info disini. pada pandangan saya, P1 memang bagus. tapi, saya belum lagi pernah menerima 2 tiket wayang TGV dan mendapat rebate kalau ada network down. Yang promosi 5+1 tu pula, boleh tahan. tapi memang costly la kan.. btw, memang betul dan mudah kalau tahu base-station P1. Kalau menggunakan WIGGY, P1 akan beritahu lokasi tepat base station melalui google map. Lagi senang nak cari base station kan.. thanks!

  11. Ramai yang tanya mana yang lebih bagus. Jawapannya kalau dok kat umah je jenis yang pakai wayar. Tapi kalau p1, saya letak kat paling bawah. Sebab saya pakai p1. Sekejap laju, sekejap(sebetulnya sangat lama) slow. P1 sesuai untuk awal pagi masa tak ramai orang pakai. Tapi mungkin tak ramai yang wat keje atau surfing pukul 4/5 pagi.

  12. internet kat malaysia ni selain streamyx jer tidak mengenakan fup…yg lain sume meniaga quota..apa punya bisnes langsung xpro..quota pun jual ke…bodoh ke apa quota pun jual…hahahaa kelakar punya bisnes macam budak

    1. Dari apa yang saya faham, ada banyak faktor ISP menjual kuota, salah satunya penadaptasian teknologi dan kualiti lebarjalur yang disampaikan kepada pengguna, sebagai contoh, teknologi 4G/LTE/FTTx mungkin masih baru di Malaysia berbanding teknologi DSL, sebab tu kuota tu perlu dijual. Namun, sesetengah syarikat gergasi tak perlu jual kuota namun akan kenakan kuota untuk masa tertentu (sebagai contoh Unifi). Selain tu, ianya untuk menjamin Fair Usage kepada semua pengguna, jadi takdelah pengguna yang menggunakan untuk tujuan torrent dan gaming lebih laju berbanding tujuan professional seperti belajar dan bekerja.

Comments are closed.