Sistem Semakan Kelayakan Akademik – iMASCU

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Mereka telah memohon permohonan UPU Fasa 1 pada Disember lepas, mesti tahu yang hari ini ialah hari untuk permohonan Fasa 2. Sesiapa yang masih belum melaksanakan permohonan Fasa 2 atau membeli nombor pin dari BSN, boleh la cepat-cepat berbuat demikian. Baiklah, setahun yang lalu, saya ada menulis tentang Sistem Semakan Kelayakan ke UiTM, tapi hari ini, disebabkan pihak JPT telah mengemaskini sistem tersebut, entri ini dikeluarkan lagi sebagai panduan untuk pemohon atau sesiapa sahaja menggunakanya.

Baiklah, jika dahulu, iaitu pada tahun 2009, sistem tersebut dibangunkan oleh Universiti Teknologi MARA menggunakan nama Selangkah ke UiTM, kini pada tahun 2011, ianya ditukar struktur dan nama kepada I-MAS-C-U.

Sistem I-MAS-C-U tidak terhad kepada pemohon lepasan SPM sahaja, malah, pemohon dari lepasan STPM dan Matrikulasi boleh menyemak kelayakan akademik masing-masing sebelum memilih kursus yang sesuai dengan keputusan SPM dan STPM atau MUET masing-masing. Lebih menarik, dalam sistem I-MAS-C-U ini, pemohon boleh juga mengetahui kerjaya yang sesuai dengan minat dan keputusan peperiksaan SPM masing-masing.

Photo

Berbeza dengan sistem Selangkah pada tahun 2009, kali ini I-MAS-C-U membolehkan pemohon menyemak kelayakan kursus yang sesuai mengikut IPTA yang diminat. Sebagai contoh, pemohon boleh memasukkan keputusan SPM, kemudian memilih IPTA yang manakah mereka ingin pergi, tak kisahlah samad UiTM, UIA, UM dan sebagainya. Memang sangat berguna.

Tanpa melengahkan masa, kita teruskan dengan cara dan panduan penggunaan sistem I-MAS-C-U ini. Oh ya, anda sekalian bolehlah ke laman rasmi sistem I-MAS-C-U dengan klik pada URL ini: http://www.selangkah.uitm.edu.my/semak-syarat-kelayakan/

Okay, kita teruskan cara mengetahui bagaimana untuk menggunakannya, kalau tidak keberatan sila baca entri ini sehingga habis. Kemudian, jika ada soalan, kemukakan pada ruangan dibawah ini yer..

PANDUAN SEMAKAN KELAYAKAN AKADEMIK

Sekiranya anda merupakan seorang lepasan SPM 2010 atau tahun-tahun sebelumnya, apa yang perlu anda lakukan ialah layari laman web sistem I-MAS-C-U di alamat http://www.selangkah.uitm.edu.my/semak-syarat-kelayakan/ dan apabila gambar seperti diatas telah dipaparkan di skrin komputer anda, klik pada ayat “Klik disini untuk membuat semakan

Baiklah, sebaik sahaja anda klik pada pautan tadi, halaman akan memaparkan pula borang yang anda perlu isikan dengan maklumat peribadi seperti Nama Penuh, Nombor Kad Pengenalan, Nombor Telefon dan Negeri. Anda digalakkan untuk mengisi maklumat yang tepat kerana maklumat ini akan dicetak pada dokumen kelaykan akademik anda.

Seterusnya, akan ada 3 butang pilihan, iaitu SPM, STPM dan Matrikulasi KPM. Jika anda seorang calon lepasan SPM, pilihlah SPM, tapi jika anda seorang calon lepasan Matrikulasi, sila pilih Matrikulasi KPM.

Baiklah, sekiranya anda telah memilih SPM, paparan seperti dalam rajah dibawah akan dipaparkan dan apa yang perlu lakukan kini adalah memasukkan keputusan SPM anda.

Kemudian, selepas anda memasukkan 10 keputusan peperiksaan anda, klik pada Seterusnya untuk membolehkan anda memilih IPTA.

Klik pada seterusnya untuk memilih IPTA dan membuat semakan akademik. Perlu diingatkan, semasa entri ini ditulis, beberapa IPTA masih lagi mengeluarkan ralat, contohnya Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Sebaik sahaja butang Seterusnya diklik, komputer anda akan memuat turun dokumen fail PDF. Sila pastikan komputer anda mempunyai perisian pembaca PDF. Anda boleh memuat turun Adobe Reader atau Foxit Reader untuk membuka dokumen tersebut.

Paparan kelayakan adalah seperti dibawah:

Baiklah, itu sahaja untuk pemohon kategori SPM. Untuk kategori STPM dan STPM pula, proses mengisi maklumat adalah hampir sama, cuma untuk STPM, anda perlu memasukkan Keputusan MUET (Band), Aliran STPM dan Keputusan STPM dan SPM. Manakala untuk Matrikulasi KPM, anda perlu memasukkan Keputusan MUET (Band), Aliran Matrikulasi, PNGK (CGPA) dan keputusan Matrikulasi dan SPM.

Seterusnya, jika masih berminat, anda boleh terus membaca mengenai Ujian Minat Kerjaya yang ditawarkan oleh sistem I-MAS-C-U. Untuk memulakan sistem Ujian Minat Kerjaya, anda boleh layari http://www.selangkah.uitm.edu.my/semak-syarat-kelayakan/

Sebaik sahaja melayari sistem Ujian Minat Kerjaya, anda perlu memasukkan butiran peribadi anda terlebih dahulu, kemudian diikuti dengan keputusan SPM anda. Seterusnya, anda perlu menjawab 6 set soalan bagi menentukan kemahiran dan program yang sesuai diikuti oleh anda. Apa yang pasti, Ujian Minat Kerjaya ini dapat membantu anda dalam mendapatkan program pengajian yang sesuai di IPTA berdasarkan minat dan keputusan peperiksaan SPM anda.

Semoga berjaya!

95 thoughts on “Sistem Semakan Kelayakan Akademik – iMASCU

    1. actually, benda ni untuk SPM 2010, jadi kena ambil 10 yang terbaik.. sebagai contoh, jika Fizik dapat B+ dan Bahasa Arab dapat A+, amik Bahasa Arab la.

  1. knp bnyk yg xkluar .. mcm ukm xkluar course dia… n bnyk lagi u xkluar.. kne tunggu result spm dlu k? bru diaorg update?

    1. sesetengah U memang takde program untuk lepasan SPM, sebagai contoh UKM dengan USM.. hanya untuk lepasan STPM sahaja..tapi buat masa ni yang confirm ada masalah ialah UIAM.

    1. tengok pada bidang asasi tu ler. kalau asasi sains, belajar la benda-benda berkaitan dengan sains tu. kalau asasi information tech, study benda benda yang berkaitan dengan IT lah..

      1. Sistem ini boleh mana-mana, maksudnya dari SPM nak terus masuk U atau dari SPM nak pergi matrik/asasi kemudian baru masuk U.

  2. mane lebih baek?masuk matriks atau masuk u tp amik asasi sains?
    kalo asasi information tech tu camne?

    1. Masuk matrik dan masuk u tapi amik asasi sebenarnya sama jer. sebab apa? kedua-duanya skip proses diploma. Bayangkan program 2 tahun 6 bulan atau 3 tahun boleh dipendekkan menjadi 9 bulan sahaja, sudah tentu asasi/matrix lebih baik. tapi kena pastikan pointer elok la.

  3. Mana en taw informasi ini…
    sy cri link ni tp xjmpe pun.
    sy pnh dgr sblm ni nme sistem ni sistem selangkah y uitm punye, tp y ni imascu….xpnah pula sy dgr….sistem ni tiru sistem selangkah ke?cmne en ley taw mengenai sistem ni…

    1. Tak pasti samada siapa yang develop sistem ini, adakah pihak JPT atau PSMB UITM. Namun, jika merujuk pada domain, nampak bahawa seperti UiTM yang bangunkan sistem itu. Konsepnya sama, iaitu menyemak keputusan akademik menggunakan nilai meritokrasi. Mungkin ini adalah versi terbaru sistem Selangkah dari UiTM.

      Camana saya tau? Pergi sahaja ke laman web JPT, akan ada satu pautan ke laman web sistem IMASCU ini. Dari sistem itu, saya membuat panduan ini. :)

  4. sy x rse ad nilai meritokrasi lam sistem ni.
    mcm mne nak taw?
    tp kalo ikut lam bku syarat,sume u ad syarat2 nak msuk u mereka yg bermcm2 kerenah..
    so rsenye xd nilai merit kat sistem ni.

    1. semua universiti ada sistem meritokrasi. sistem tu yang digunakan untuk buat sistem IMASCU ini. hasil pengiraan markah berdasarkan gred yang pelajar masukkan dan menggunakan rumus pengiraan, maka sistem tu akan paparkan keputusan apa yang sesuai untuk awak.. Buku syarat? Cuba baca betul-betul rasanya dekat bahagian kelayakan akademik..

      rasanya, kalau takde sistem meritokrasi, tak perlu la amik SPM /STPM dan bermacam-macam M lagi saya rasa.. sebab semua orang boleh masuk u.. sistem merit ni diselaraskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, jadi semua orang ada la.. baca sini kalau nak lagi faham tentang apa itu sistem merit dan apa itu markah yang saya cakapkan dalam komen ini.. :)

      1. salam..

        er..still musykil lg.
        sbb nme sistem ni “sistem semak syarat kelayakan” bkn konfirm dpt kan?
        kalo kte tgk dlm bku syrat misalnye nak msuk course CS(uitm cthnye) kne 5credit termasuk bm,math & addmath & fizik & lulus BI..check sni kalo nak pastikan (https://online.mohe.gov.my/upu/emas/index_syarat.php?pagefunc=epanduanSyarat&carian1=E&carian2=A&carian3=S1&carian4=00051)

        kalau la setiap subjek ad merit yg berlainan xpe la..maknenye developer sistem ni gempaq gler bole wat rules 2 sume sdgkan ad beratus2 course yg ad kat ipta m’sia ni yg pelik2 syarat dy.tp ikut pe yg link ko bg 2 ak tgk stiap subjek merit dy sme je ikut gred..mean xd kelainan yg membezakan stiap subjek 2 sdgkan if nak msuk CS 2 kne power math..so cane nak taw merit 18 tu adalah dr subjek math??

        tp if nak wat rules either kte dtrime or x,ak rse bole je nak wat tnpe mrkh merit ni..cthnye math=c,bi=c,fizik/bio/kimia=c,maka ditrime tuk cs..selain dr 2,kte gagal memohon CS..ak rse ko lebey arif kot psal logic rules ni sbb ko dak IT kan.erm mayb ko akn ckp math 2 ad nilai dy yg tersndiri jugak,tp msti akan ad redundant kat course yg len sbb stiap course ad syarat2 yg berlainan..

        mayb mrkh merit ni juz dgunakan tuk pemilihan pihak dlmn u aje..yela..skrg ni budak2 sume da pndai2..so sesiape yg dpt merit tggi 2 dpt la privilege tuk msuk..so kat cni ak juz x stuju ble ko ckp sistem ni buat berdasarkan sistem merit sdgkan pkai rules yg ak mention kat ats ni lg sng(ak rse la…huhu). neway, ko ttp gempaq coz dpt wat mini sistem(form 4) yg hmpir sme ngan sistem ni..ak solute ko! no offence k =)

        1. disebabkan bukan aku yg buat benda ni, jadi frankly speaking, aku tak boleh nak cakap banyak sangat tentang sistem ni. Melainkan aku contact developer dia dulu untuk tahu camana yang dia buat. ok, bak kata kau, developer sistem ni masukkan rules satu persatu tu betul, sebab setiap markah yang dimasukkan tu akan membawa kepada keputusan (tanda tick) yang berlainan..

          sebagai contoh, kau masukkan keputusan yang gempak giler, tetiba kau letak keputusan Bahasa Malaysia sebagai F dan kau letak keputusan matematik moden dan matematik tambahan tu sebagai D/E (bukan kredit), nanti akan ada beberapa course yang dia tak tanda tick. Selain tu jugak, memang betul teori kau tentang buat sistem ni tanpa markah merit; math=c,bi=c,fizik/bio/kimia=c tapi mungkin C tu dia ubah kepada nilai merit nombor.

          oh ya, memang markah merit ni digunakan untuk pemilihan dalaman u jer, sebab sistem ni tak tanya markah kokurikulum.. sebab kalau masuk U, akan ada 10% (lebey kurang camtu la aku rasa) markah tambahan yang dibawa dari nilai kokurikulum.. jadi, walaupun sistem ni reject budak tu, tapi kalau 10% markah tu dapat bantu dia, why not dia dilepaskan dari masuk u kan?

          oh ya, jangan la salute aku pasal sistem form 4 tu. banyak kelemahan. Cuba kau letak mana-mana subjek tu gagal. Boleh jer masuk kelas sains,, ada logical error la tu sebab dalam PMR, gagal 1 subjek ibarat gagal PMR terus.. jadi sepatutnya kalau user masukkan mana-mana subjek teras tu sebagai E, maka automatik sistem keluarkan status pelajar gagal untuk masuk aliran sains. tapi sistem yang aku buat tu, tetap benarkan pengguna. haha..

          btw, thank sebab comment and share you thought. ko sepatutnya masuk CS sebab kebanyakan teori kau tentang sistem ni ada logiknya… in that case, mungkin aku rasa kau ni suka mengkaji benda2 sistem ni.. good luck =)

  5. em,kalo x ambk sains tulen[bio,fzk kimia] dlm spm,ade peluang tak nak ambik medik?
    macamane nak ambik medik?
    ckgu saya ckp,boleh..tp beliau xtau yg selanjutnya perkara tersebut…leh tolong saya?

    1. InsyaAllah boleh, tapi selalunya awak kena pergi kepada Asasi Perubatan terlebih dahulu, boleh cuba apply ke Asasi UiTM atau Pusat Asasi UM. Lepas dah habis asasi baru boleh sambung perubatan. Selalunya, 3 IPT yang digalakkan untuk sambung course perubatan selepas awak tamat asasi ialah, Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Sains Malaysia (USM).

      Semoga berjaya!!

  6. sya semak guna rsult trial,ley tak?
    pastu sy ad mslah isi borg upu ni.
    fasa 1 sy dh kmskni 3 kli,bley tak lg bka untuk fasa 2?
    3 kali kmskini tu termasuk dengan fasa 1 ke?
    sy tkut nk isi fasa 2 sebab tkut dah tak bleh kmskini lg

  7. imascu bukan stands for saya perlu jumpa awak..tak kelakar pun benda tuh…tu permintaan jpt sendiri…upgrade dari e-mas sistem jpt dulu….mas stands for management admission system.. i-mas-c-u..intelligent management admission system checking to university.

    1. YA. Memang saya perlu jumpa awak bukan maksud sebenar sistem..tapi tu cara sebutan Melayu kalau diubah dari english.. terima kasih sebab bagi tau maksud sebenar IMASCU..

  8. kenape bile sy dh isikan semua…dye just keluar conection filed???????….knpe?????dh kerap kali sy bukak….cn u explain??????sy ni lulusan stpm…

  9. salam..problem saya ialah bila sy guna sistem imascu banyak cos yang boleh dimohon..tapi bila cek syarat khas secara manual ada yang tak layak nak pohon..so yang mana paling comfirm ni..tolong bagi jawapan……

    1. Check tarikh kemaskini yang awak semak manual tu, kalau 2-3 tahun yang lepas, awak gunakan IMASCU, tapi kalau baru semalam, gunakan yang manual tu.

  10. as salam…sy nk tye sket la….
    sy ade 6 kepujian dalm spm 2010 neh…
    leh x sy mohon utk masuk bidang perguruan….
    sebab kalo leh sy nk sgt jdkan kerjaya pendidik ini sebagai kerja sy selepas ini

    1. Wa’alaikumslaam Ary,

      InsyaAllah boleh. Tapi bergantung kepada intake untuk sesi pengambilan KPLSPM kali ini.
      Tapi, bidang perguruan ni besar dan permohonan awak tu pun bergantung kepada kursus yang awak pilih, sebagai contoh: Jika awak dapat D atau E untuk subjek Fizik, permohonan awak tu mungkin sukar untuk dipertimbangkan jika memohon untuk menjadi guru untuk subjek Fizik di peringkat sekolah menengah.

    1. Masa isi borang UPU tu kan, awak pilih la kos yang sama dengan borang yang dikeluarkan oleh sistem IMASCU tu. Contohnya, kalau dalam IMASCU tu kata awak layak untuk Asasi Teknologi Maklumat di UIAM, awak cari kod Y0400 masa dalam borang UPU tu. =)

  11. thx,,,,,tp kan….
    dlm permohonan kplspm tuh…
    sy tulis nk amek bahasa ingerris utk pilihan sy…
    dan dlm spm neh sy dpt C utk bi..leh kan?
    huhuhu…sebab sebelum neh dlm trial sy dpt A utk BI

  12. BI sy pon dpat C dlm SPM…mase trial A… bleh ke mntak kos BI dlam kpl spm…??(tapi sye dah tukar sjarah dah psal sjarah yg A…kcewa giler cdang nk jadik teacher english..

  13. saye dah cek gune iMascu nie..saye layak utk akaun……..tapi pasti ke dapat???..berapa percent rasanyer confirm dpat…

    1. Letak pilihan anda tu sebagai pilihan 1. Kalau tak pun, letak je dalam 4 pilihan utama.
      Confirm dapat? Bergantung kepada intake semasa.

  14. salammm…skunk sye ngah bgung lew…antra 2 uitm gan kaptm…agk2 syew msok yg anew leh jmin msa dpan…tlonglah syewwwww,,,n 1 soaln ag..lau syew msok u mnew2 tok taun dpan syew knew uat pmohnan len k,,,n grenti dpt kkk

    1. uitm dgn kptm ye. Yg mana menjamin masa depan? Dedua menjamin masa depan.. Yg bezanya uitm tu ipta tapi kptm tu ipma.. Pening x tau masuk yg mana?.. Cuba bandingkan dari aspek course, minat, dan jangkamasa study…. Ayat yg last sekali tu omar x bpa nak faham la yer…maaf..

  15. sory…..x mksud nisa..kte la nisa x msok mne2 pusat pngajian thun ni..n nsa nk msok thun dpn.. nsa prlu buat pmohonan lain k..n mmg grenti k nsa kn dpat..n slah 1 nye uitm leh x…

    1. Oh, kalau macam tu Nisa perlu buat permohonan lain. Nak kata grenti dapat tu, tak pasti lah. Sebab permohonan Nisa kena comparekan dengan bebudak SPM 2011 la pulak..

  16. ok.. saya bukan lepasan spm atau stpm.. tapi saya nak check result exam saya yang terbaru.. adakah masih x layak utk mintak course yang saya nak atau adakah saya masih x layak masuk u…. ok.. sebab saya masih belajar dan ambik stpm 2011.. maknanya saya akan exam tahun ni….tapi.. saya x dapat masuk kat imascu…. kenapa yea? saya just nak check result saya jea….

  17. SAYA LEPASAN DIPLOMA,,,,SY NK CHECK MCMMNE YE?SB AD KATEGORI SPM,STPM N MATRIX JE…..DIPLOMA?BOLEH TERANGKAN X?

  18. As salam…sya nk tnya..klaw kta msih d form 5, bleh ke klaw sya isi result ujian bulanan or mid-year ??? ckg sya ckap bleh…tp bla bca entri ni trus confuse…

  19. asalam..
    saya nak tnya gred saya dlm SPM dpt D untuk BI dgn Maths..
    tpi yg tuh kategorikan lulus diatas
    persoalanya bolehkah saya masuk Universiti awam..?
    saya dah taktahu nak buat apa

  20. salam..
    sy nk tnya ny..sy bdak alirn sains..sy nk ambil mdic..tp yg mslahnya chemistry sy dpt c..tp bio n add math dpt b..ase2nya..sy dtrima x kalau plih kos mdic??actually..sy da wat smkan klyakan 2..tp juz utk uitm..klau yg dkat uitm 2..mmg sy x lyak lar..kalau dgn rsult sy cmni..bole kea sy nk mnx mdic jgak?klau bole..tlom bgtau..u mna yg lyak dgn rsult sy..really blurrrrr!

    1. Dah cuba tengok dekat IMASCU tu. Cuba masukkan result SPM awak dalam tu.
      Kalau untuk UiTM, cuba tengok program-program Asasi yang berkaitan.

      1. saya dh buat semakan klayakan tuh,,kos yg saya nk mmg ade..jadi klau saya nk amek kos tuh..saya dapat msok u x?

        1. InsyaAllah dapat. Letak la pilihan pertama dalam UPU tu.

          Dapat atau tidak tu, bergantung kepada banyak ke tidak calon lain yang memohon kursus tu, so kalau result average and kurang persaingan, takde masalah. Boleh dapat. Cuma kalau result average, persaingan banyak, maybe pihak U akan refer factor2 lain pulak.

  21. siatem semak kelayakan yg sya buat tuh…kos yg saya nk mmg ade..jika saya apply kos yg saya nk..dpt msok u x?

  22. salam…saya ingin bertanya..kalau spm saya dapat 5A tetapi bi saya just D..layak ke saya untuk sambung belajar ke peringkat diploma ipta?tq:)

  23. assalamualaikum… bagaimana dengan masalah saya.. saya ingin mengikuti kursus pengajian peringkat ijazah perkomputeran (grafik multimedia) tapi saya cuma pelajar aliran sastera pada peringkat SPM dan STPM. bagi spm saya memperoleh 6A termasuk BM, MT, SN, PSV, PI, TM(tanaman makanan).. D bagi subjek BI dan B bagi subjek SJ. dalam pengajian peringkat STPM pula, saya hanyamengambil subjek BM,SJ,PSV dan PA. adakah saya layak untuk memohon untuk mengikuti pengajian tersebut?

  24. Hi~ Kalau result kelayakan Akademik sudah keluar, tapi mahu tukar subject bolehkah?? apa caranya??

  25. salam.. saje nak mencelah… saya dah try wat imascu ni. n course yg saya nak tak dapat… semua nye yg dapat bukan minat saya… n kalau saya nak teruskan dengan permohonan tuk course yg saya suka tu, agak2 bleh dapat tak?

  26. slm..na tye,,kos ape yg ade kt u yg ade pngiraan??mksd sye kos slain kos perakaunan tp msih ade pngiraan.sye jnis yg ske kje kt bank kire2 duit.tp mslhnye sye still kabur na kos ape :( hrp dpt mmbntu,thnx

    1. Kalau di UiTM, rasanya better rujuk pada kursus-kursus yang ditawarkan oleh Fakulti Perakaunan atau Fakulti Sains Komputer dan Matematik.

  27. kptsan spm sy. bm=b+,bi=d,sej=c+,m3=b,moral=b.kima=d,fzik=d,p.akaun=d,addmth=g. kemana Arah tuju sy ne….ble ja msok ipta

  28. , sy pelajar lepasan asasi uitm ,. boleh ke nak guna sistem ni nak cek sy layak untuk course ape di uitm or mana2 u . sbb kat website ni die just ade utk lepasan spm stpm and matrikulasi . ke asasi tu setaraf ng matrik , MOHON PENJELASAN , terima kasih :)

  29. xde pon imascu tok matrikulasi>>>>>>>!!!! da banyak kali bukak. dari bulan 1 tahun 2013 sampai la nie. cane tuh????

Comments are closed.