Tips membeli komputer di Plaza Low Yat

Assalamualaikum dan salam sejahtera, trimas kerana sudi membaca blog ini lagi dan kali ini aku nak berkongsi pengalaman dan tips untuk membeli-belah barangan IT dan komputer di sebuah tempat yang tidak asing lagi bagi mereka yang tinggal di Kuala Lumpur. Mana lagi kalau bukan Plaza Low Yat yang terletak di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Plaza Low Yat boleh juga dikenali sebagai “syurga komputer” bagi geek kerana hampir apa yang dikehendaki khususnya dalam bidang IT akan diperolehi disini, dengan syarat fulusnya mestilah cukup. Dari telefon bimbit, pemain media hiburan mudah alih, komputer dan rangkaian, boleh anda dapati dari pusat membeli belah yang beroperasi selama dua belas jam setap hari ni.

Kali pertama ke sini pada Mac 2005 dan untuk ke Plaza Low Yat, aku selalu pergi dengan ayah aku so akan melalui Jalan Sultan Ismail yang dekat depan UniKL tu atau exit dari terowong SMART dan kalau aku pergi sendiri, aku akan turun di salah satu stesen KL Monorail samada Bukit Bintang atau Imbi.

Mukaddimah yang agak panjang. So sekarang, jom baca apa yang tips menarik atau panduan untuk anda bershopping mopping di Plaza Low Yat ini khusus bagi mereka yang tak tahu. Yang mana dah tahu tu, kalau nak baca dan tambah beberapa pekara baru pun, boleh jer.

Jelajah dan Buat Perbandingan Harga

Plaza Low Yat mempunyai beberapa tingkat yang dikelaskan mengikut kategori dan ruang jualan. Bagi mereka yang lapar dan memerlukan makanan boleh ke aras bawah tanah, LG atau G, manakala gajet-boy boleh pergi ke Aras 1 dan 2, manakala mereka yang ingin mendapatkan perkakasan komputer dan multimedia boleh ke aras 3 atau 4 serta mereka yang memerlukan perkhidmatan pengkomputeran perniagaan boleh ke aras 5.

Selain itu, korang juga perlu membuat perbandingan dan jika boleh, cuba deal sebaik mungkin bersama tokey kedai tu kerana dengan membuat perbandingan, korang berupaya untuk meneliti setiap terma dan fineprint yang dikeluarkan oleh peniaga dan memahami isi kandungan terma tersebut.

Jangan gopoh kalau tetiba ada salesman yang menarik korang ke kedai mereka dan memberi offer iPad “semurah” RM 300 dan tanpa berfikir panjang korang pergi bayar benda tu. Mungkin, ada udang disebalik mee. Lagi satu, kalau datang ke Low Yat, terus datang dan cari barang tersebut. Contohnya time aku nak beli bateri laptop Acer yang asyik rosak tu dulu. Kalau lambat takut korang terpedaya ngan offer-offer lain yang akhirnya barang yang patut korang beli, tak jadi beli.

Klik disini untuk senarai harga komputer riba yang dicadangkan untuk korang beli pada tahun 2013

Bertanya dan Buat Cubaan

Ini adalah konsep asas sebelum melakukan transaksi jual beli di sini. Bagi mereka yang tak tahu arah tujuan, cuba untuk bertanya sebanyak mungkin soalan terutama jika barang yang ingin dibeli tersebut merupakan perkakasan elektronik seperti komputer riba yang harganya boleh mencecah ribuan ringgit.

Selain itu, tanyakan juga status perkakasan tersebut samada ianya new arrival, normal stock ataupun parallel import. Jika boleh, elakkan membeli komputer atau gajet yang sudah berstatus parallel import bagi mengelakkan berlakunya penarikan produk ataupun warranty disclaimer oleh pihak yang bertanggungjawab menguruskannya. Parallel import yang pernah berlaku ialah beberapa model laptop Acer Apire 36xx – 45xx yang masih lagi dijual walaupun company Acer telah mengeluarkan notis pembatalan jaminan sokongan (discontinuity of support).

Selain itu, tanyakan juga freebies atau upgrade yang boleh korang lakukan terhadap sesebuah barangan tersebut tapi ingat, jika terlaluuuuu banyak freebies yang diberi untuk sebuah laptop yang murah (RM 800-RM 1100), mungkin ada yang tak kena dengan kedai tu. Kecuali memang dia authorised distributor atau sales (closing mungkin?)

Sekali lagi, pastikan juga korang mengetahui perisian yang dipasang dalam pakej komputer tersebut. Dibawah adalah takrif purata harga bagi sesetengah komputer dengan preloaded software. Harga adalah untuk laptop jenis biasa dan bukan ultrabook/tablet.

  • Microsoft Windows 7 – sekitar RM 900 ke RM 2500
  • Microsoft Windows 8 – sekitar RM 1400 ke RM 3300*
* Tertakluk kepada perubahan dan spesifikasi sistem. 

Bagi sesetengah kedai, korang kena bayar barangan tersebut terlebih dahulu sebelum mencubanya. Jadi, jangan malas dan tunggu sampai rumah baru nak try. Ini kerana, kalau baranan tersebut rosak atau pecah, korang masih sempat nak menukarnya.

Sebagai contoh, aku membeli beberapa unit digital photo frame dan nasib baik testing dilakukan, 1 daripada digital photo frame yang dibeli itu tidak boleh membaca kad memori SD dan ditukar kepada stok lain.

Jaminan Kualiti dan Ketulenan

Jika rajin, buat cubaan kualiti dan ketulenan terlebih dahulu. Bagi yang membeli laptop terutama yang membeli show unit stock (bukan secara authorised reseller), rajinkan diri untuk belek sticker laptop dan spesifikasi yang terpapar dalam properties menggunakan perisian tambahan seperti CPU-Z dan lain-lain. Ini kerana, terdapat banyak kes laptop yang dibeli merupakan laptop terpakai atau curi yang diubahsuai spesifikasinya seperti RAM 4GB kepada 3GB.

Satu lagi mengenai storan SSD, kalau laptop tu dia spec SSD, kira korang untung besar, tapi kalau spec SSD, tapi isi dalam dia HDD, memang rugi besar lah pulak. Kalau korang nak tahu lebih lanjut mengenai SSD, haruslah baca artikel mengenai pengenalan dan kelebihan SSD ni pula.

Dalam pengalaman aku, semasa aku teman saudara aku untuk beli earphone Monster Beats yang sepadan dengan HP Envy tu, cubaan kualiti dilakukan di tiga premis yang berbeza dan menggunakan kualiti audio yang sama. Ini penting bagi memastikan produk yang dibeli tu bukan produk palsu yang sekali gus membazirkan duit poket korang.

Pelajar luar Lembah Kelang

Membeli barangan secara non-authorised reseller di tepi-tepi escalator di Plaza Low Yat menjadi sesuatu yang tidak asing lagi buat mereka yang berkunjung ke sini. Tapi, bagi mereka yang bestatus pelajar dan kurang pengetahuan lanjutan dalam komputer elakkan membeli komputer riba tanpa ada mereka yang lebih arif dalam hal ini menemani korang. Kalau takde sangat, ajaklah ayah atau abang atau kakak korang yang lebih dewasa. Malah, dengan adanya orang yang lebih dewasa ini, kekadang diorang lebih respect dekat korang sebagai customer.

Selain itu, rahsiakan tempat asal korang dan nyatakan korang duduk berhampiran Lembang Kelang. Ini kerana, jika korang bagitau korang duduk di Terengganu atau Perlis, yang lokasinya semakin jauh dari KL, risiko untuk di tipu semakin tinggi tu. Kenapa?

Semakin jauh dari KL, semakin susah korang nak return barang tu jika ada kerosakan atau kebarangkalian barang yang dibeli tu adalah palsu atau barangan curi dan semakin susah korang nak track balik peniaga tu. Especially kalau beli masa ekspo. Tu antara sebab aku tak berapa nak beli barang masa ekspo walaupun harga dia macam promo gila-gila.

Senarai Harga Terkini Telefon Bimbit di Malaysia

Bagi mereka yang ingin membeli telefon bimbit di sana, aku cadangkan adalah lebih elok sekiranya korang mengetahui harganya terlebihd dahulu dan jenis-jenis seperti AP dan RRP. Kedua-dua istilah ini ada perbezaan dia. Untuk mengelakkan kena tipu pun ya juga.

Memandangkan artikel aku ni mengenai komputer, untuk gajet dan telefon bimbit, aku amat mencadangkan korang untuk membaca sendiri artikel khusus tentang harga telefon bimbit di blog rakan iaitu Arib Ismail tentang harga terkini telefon bimbit di Malaysia.

Perkhidmatan Baiki Gajet atau Komputer

Tak semua yang datang ke Plaza Low Yat untuk membaiki komputer, tapi jika anda salah seorang individu yang datang ke Plaza Low Yat untuk itu, silalah berhati-hati kerana membaiki aksesori gajet atau komputer lebih mempunyai risiko untuk ditipu.

Bagi kes-kes terpencil seperti data recovery dan sebagainya, aku suggest korang sepatutnya faham macam mana proses tu dilakukan especially jika HDD korang mempunyai data sensetif. Sebagai seorang yang pernah melakukan data recovery, aku nak nasihatkan korang, jika nak recover data tu, lebih elok ada klaus dan perjanjian.

Plaza Low Yat hari ini bukan hanya diuruskan oleh peniaga Cina dan Melayu malah hampir 80% adalah mereka yang datang dari Pakistan, Bangladesh dan Timur Tengah. Jadi, untuk kebolehan mereka bercakap dalam Bahasa Malaysia adalah kurang dan kelemahan ini bukanlah suatu benda yang menguntungkan jika korang tak dapat nak faham apa biji butir yang diperkatakan oleh mat Pakistan atau Bangladesh itu tadi. Dengan betul-betul yaw..

Jangan juga tinggalkan peranti korang samada gajet atau komputer riba untuk suatu tempoh yang lama untuk diservis. Cukup sekadar tiga hari atau 2 minggu. Ini kerana, semakin lama korang tinggalkan barang, semakin tinggilah risiko korang untuk peniaga menghilangkan barang tersebut. Malah, kalau servis, tengok balik apa yang diservis. Kalau setakat tukar kipas dan tambah gel processor kena sampai RM 200, korang kena tipu ler tu.

Ikutkan pengalaman aku, hanya 2 minggu sahaja aku hantar komputer riba adik Dell Inspiron adik aku yang chipsetnya terbakar disebabkan selalu digunakan ditempat yang kurang ventilationnya, masuk minggu ke 3, hati aku terbakar bila dapat taw brader Pakistan tu dah tutup kedai balik Pakistan dan kedai dia sekarang dah jadi kedai jual game PS3. Untuk pengetahuan, aku dah berurusan dengan kedai tu hampir 3 tahun dan dah banyak laptop guru-guru sekolah aku dihantar kesini.

Dah puas baca tips? Sekarang klik sini pula untuk senarai harga komputer riba terkini 2013.

Baiklah, itu sedikit sebanyak tips yang ingin dikongsikan berdasarkan pengalaman aku membeli gajet dan komputer di Plaza Low Yat, Kuala Lumpur. Harap ianya berguna kepada korang.

28 thoughts on “Tips membeli komputer di Plaza Low Yat

  1. setakat ni aku tak pernah lagi beli kat lowyat.sekali je pergi lowyat.tu pun temankan member beli komputer.tapi lowyat memang betul2 syurga komputer la.tabik spring…

  2. waahhhhh~~~~ kena sangat aku baca tips ni hari ni….esok memang nak g pc fair nak cari laptop…. da siap bookmark page untuk next next next time…..hehehehhee….nice share!

  3. Tips yg baik utk semua :)
    Betul tu, klu boleh pergi dgn org yg lebih arif dan biasa kdi2 kt sana.
    Dulu 1st time pergi mmg blur mana 1 kdi yg ok.
    Dri segi pengalaman, dorang byk bukak cawangan dlm tu juga
    Maksudnya company sama, tpi bukak byk cawangan dlm tu dgn lokasi berbeza2

    1. Yup. Betul cakap ko.
      Kadang-kadang kalau hantar apa-apa barang untuk repair, bila nak ambil balik, confuse jap shop lot diorang.
      Satu company ada 3-4 shop lot..

    1. Dekat level 3 tu ke?
      Situ pun dah okey, tapi pilihan mungkin kurang banyak lah. Yang banyak aku tgk kat situ, henpon jer.

    1. Hati mau keras jg Yusof oi..hehe..
      mmg sana klu x tw kene tikam je..tp klu kt SRI computer tu mmg best sbb dia mcm mini market,pilih je apa kau nk, xde ganguan promoter :P

  4. Ada point-point yang menarik, terutama buat survey di semua kedai dan bandingkan harganya. Baru beli. Jangan ikut nafsu dan emosi. Gunakan akal yang waras untuk beli barang kat Low Yatt.

  5. hehe selalu pi low yatt.selalu survey 3-4kali harga,kualiti gajet tu barulah berani nak beli.walaupun tak pernah kena tipu tapi banyak orang pesan macam tu.so amalkan jelah…hehe
    low yatt still the best place nak cari IT equipments lah walaupun ada yang cakap low yatt banyak barang tiruan :D

    1. Same la. Aku pun selalu survey jer dulu. Kekadang survey lagi lama dari nak beli barang.

      Hoh. Barang tiruan? Setakat ni belum pernah jumpa. Tapi yang parallel import tu banyak lah.

  6. askum klaw dduk slangor xkan nak g survey bnyak kli…blh bg idea x?sy tkot nanty bli laptop truan lah…hrga kat luar dgn kat lowyat sme x?

  7. sy bercadang nak beli laptop vaio..mane lebih better??beli dkt sony center atau lowyat..sy buta IT..takut kena tipu..

Comments are closed.