Kad Debit Mastercard CIMB Bank

Assalamualaikum dan salam sejahtera, entri hari ini akan memfokuskan kepada pengenalan kepada kad debit baharu dalam masyarakat hari ini. Penggunaan kad debit dalam kehidupan seharian terbukti memudahkan transaksi kita, apatah lagi disaat fungsi mesin ATM tergendala, kemudahan kewangan 24 jam, ataupun kebolehupayaan melaksanakan transaksi kewangan dimana sahaja tak kira realiti mahupun alam maya.

Pelbagai institusi kewangan di Malaysia mula menaiktaraf fungsi pelanggan mereka dari kad ATM biasa kepada kad ATM dwifungsi; ATM dan Debit. Kini, CIMB Bank turut sama memperkenalkan kad debit terbaru mereka yan dikenali sebagai CIMB Bank Debit Mastercard yang membawakan fungsi menarik dan lebih sosial.

CIMB Bank Debit Mastercard ini merupakan pengganti kepada kad ATM sedia ada yang dikeluarkan oleh CIMB Bank sebelum ini yang mana hanya boleh digunakan pada rangkaian Servis Pembayaran Elektronik Malaysia atau ringkasnya MEPS atau Cirrus. CIMB Bank Debit Mastercard bukan kad debit prabayar macam e.Mastercard jadi melalui CIMB Bank Debit Mastercard, ianya turut membawakan fungsi-fungsi tipikal kad debit sedia ada yang lain seperti kebolehupayaan penolakan amaun melalui akaun simpanan menggunakan platform Mastercard.

Apa yang menariknya, CIMB Bank menetapkan Mastercard sebagai platform lalai yang mana amat jarang sekali dilihat pada institusi perbankan lain yang boleh dikatakan rata-ratanya menggunakan Visa.

Berkonsepkan kehidupan lebih sosial, CIMB Bank Debit Mastercard turut menawarkan kemaskini dan tawaran-tawaran menarik melalui akaun Facebook mereka serta ganjaran yang memberikan nilai hebat. Malah, bukan itu sahaja, sempena pelancaran CIMB Bank Debit Card, sebuah promosi khas turut kelihatan pada setiap kad debit yang baharu yang dikeluarkan oleh CIMB Bank dan antara promosi tersebut adalah hadiah sebanyak 300 mata ganjaran untuk transaksi pertama.

Apakah itu Kad Debit?

Sebelum kita teruskan dengan lebih lanjut, pastikan kita tahu membezakan di antara kad debit dan kad kredit. Untuk pengetahuan, kad debit merupakan sejenis kad yang membolehkan korang melakukan transaksi tanpa menggunakan tunai dengan syarat kad tersebut di hubungkan kepada sumber kewangan korang samada akaun bank atau akaun debit prabayar.

Ini bermakna Maybank Visa Debit (yang gambar buah ceri) akan dihubungkan kepada Akaun Simpanan Wadiah dan CIMB Debit Mastercard dihubungkan dengan akaun CIMB Bank korang.

Memandangkan sumber kewangan untuk kad debit ialah Akaun Bank korang, adalah mustahil untuk korang menjalankan transaksi sekiranya baki akaun korang kurang dari amaun yang ingin dilakukan. Jadi ianya lebih selamat.

Sebagai contoh, jika korang nak beli komputer riba berharga RM 2500, tapi baki akaun hanya RM 1500, transaksi korang tidak akan berjaya kerana pihak bank tidak dapat memotong amaun yang dijalankan atau dalam istilah Perakaunan, “Debit” tidak dapat dilakukan dari Akaun korang.

So, harap korang dapat fahami bagaimana ianya berfungsi kan.

Bagaimana ingin mendapatkan CIMB Bank Debit Mastercard?

Tiada cara lain, hanya di cawangan CIMB sahajalah ya dan seperti biasa, ianya memerlukan mereka yang berumur 18 tahun dan keatas untuk berurusan. Bagi pemegang kad sedia ada (versi lama), korang juga boleh mendapatkan kad tersebut di cawangan CIMB dengan konsep menukar ganti.

Sebut tentang tukar ganti, aku nak berkongsi sedikit cerita, kebetulan aku ke KL Sentral hari ini untuk menguruskan bayaran balik PTPTN di TrexxZone, dan semasa aku mengeluarkan se jumlah dana dari akaun bank CIMB, tertera iklan yang agak menarik pada skrin mesin ATM tu mengenai CIMB Bank Debit Card.

Maka, dipendekkan cerita, dengan layanan yang aku boleh katakan bertahap first class yang diberikan oleh staff CIMB KL Sentral, aku berjaya menukar kad ATM aku kepada CIMB Bank Debit Mastercard dengan caj serendah RM8. Agak murah bukan bagi sesuatu yang dikemaskini. Berminat nak tengok bagaimana rupanya?

Dekat gambar kad di atas ni ada sticker kan, abaikan sticker putih tu. Sticker tu untuk beberapa pelanggan terawal aku rasa sebab CIMB kan baru introduce kad CIMB Debit ni.

Boleh tahan jugalah kan? Oh ya, untuk pengetahuan readers sekalian, kos untuk petukaran kad adalah sebanyak RM 8 perlu dibayar dan akan di debitkan dari akaun bank korang.  Jika di bank korang takde duit, korang bolehlah membayar secara Over-The-Counter. Bagi pelanggan baru, kad akan diberikan bersama-sama dengan slip pembukaan akaun dan passbook (jika ada).

Mengaktifkan fungsi ganjaran, Debit Mastercard dan Penyata CIMB Clicks

Apalah erti kad debit jika korang masih perlu beratur di mesin ATM untuk mengeluarkan wang dan lebih menyakitkan hati lagi bila sampai turn korang, tetiba machine to offline. Jadi, apa yang korang perlu buat selepas mendapat CIMB Bank Debit Mastercard adalah pergi ke mesin ATM, tukar PIN, aktifkan CIMB Clicks dengan mencipta E-PIN, dan mendaftarkan nombor telefon bimbit korang untuk TAC.

Seterusnya, masuk balik dalam bank CIMB tu, tanya receptionist tu untuk gunakan komputer, kalau tak silap aku, dekat cawangan KL Sentral ni ada, even Sg. Buloh yang aku pergi tahun lepas pun ada, gunakan komputer tersebut untuk mendaftar CIMB Clicks dan siap.

Bagi pelanggan CIMB Bank yang telah mempunya akaun CIMB Clicks, korang perlu juga buat cara diatas tapi tak perlu daftar dan hanya perlu login seperti biasa, dan sebaik sahaja selesai melakukan verifikasi huruf kendiri, akan ada satu form keluar, isikan form tersebut dengan nombor kad CIMB Bank Debit Mastercard, E-PIN yang diambil di ATM, serta kata laluan sekarang. Perlu ingat! Kesilapan melebihi 3 kali berturut-turut akan menyebabkan General Transaction Error dan korang kena call CS.

Selesai tu, nikmatilah dunia debit korang. Swipe sana, swipe sini, tapi maksure ada duit lah.

Baki tidak berubah

Makan free? Haha. Jangan gelak, Tapi ini yang berlaku kat aku pada awalnya. Sebaik sahaja selesai urusan dengan CIMB, kalau korang familiar dengan KL Sentral, mesti tau, apa benda depan pintu dia… haha, The Chicken Rice Shop (TCRS). So bila aku keluar, dah kira lunch hour, apa lagi, terus masuk dalam TCRS ngan member aku and makan-makan. At the end, aku bayar lah menggunakan kad yang baru dapat tadi. Nak test power.

Balik rumah, aku online kejap CIMB Clicks and bila aku check Account Detail. Wow! Terkejut siot.

Lebih kurang RM 46 aku makan dekat TCRS tak dilogkan dan baki akaun aku masih ditahap yang lama. Jadi, adakah ini bermaksud makan free? Actually, aku rasa orang yang baru pakai kad debit ni akan keliru kejap. Apa yang korang perlu buat ialah klik pada Nombor Akaun tersebut dan satu paparan terperinci akan dipaparkan dan cari perkataan dibawah.

Account Balance ialah baki semasa akaun korang sebelum dikemaskini menggunakan kad debit, tetapi baki tersedia merupakan duit simpanan yang koranga a, mean dalam contoh diatas, simpanan telah pun ditolak lebih kurang RM 46 kerana caj makan yang menggunakan kad debit tersebut. Oh satu lagi, better jangan tinggalkan baki dengan banyak dalam kad debit unless ada purchase limit. Biasalah, nothing save in this world.

Baiklah, sampai sini sahajalah rasanya entri mengenai kad debit Mastercard dari CIMB Bank ni. Tujuan aku berkongsi artikel dan memberikan screen shot adalah untuk pendidikan semata-mata dan tidak mengandungi sebarang niat buruk apatah lagi cuba menunjuk-nunjuk. Terima kasih juga kepada akak receptionist CIMB KL Sentral kerana sudi menjawab beberapa soalan tentang Kad Debit Mastercard CIMB Bank. Well done!

Ok. That’s it for this time. Bye.

45 thoughts on “Kad Debit Mastercard CIMB Bank

    1. Cool. Gi jer mana-mana cawangan CIMB tu untuk kemaskini atau buat kad debit.

      Huh, comluv aku dah rosak dah, kena pakai premium gak ke nanti..

    1. Ada bank yang caj RM 1.02 untuk setiap transaksi melalui Internet.
      Ada bank yang takde extra charge. Cam CIMB nie, buat masa ni dah beberapa kali transaksi, masih takde hidden cost.

      So, bayar RM 50, memang ditolak RM 50

        1. Yang tolak RM 1.02 tu.. Bank rimau..
          Nanti cek statement, dia akan tolak rasanya bila ada transaksi luar negara. Dalam statement akan tulis PREAUTH Sales..

          Selalu dapat bil camni bila hosting luar negara debit untuk bil, tapi dalam bil yang diorang keluarkan, USD 0.. tapi kat web tu akan keluar RM 1.02..

          Nasib baik singgit. Kalau 2-3 ringgit. Habis la..

  1. huhu, makin menyenangkan nampaknya servis skarang… huhu, kalo kat russia nie ada sistem mesin topup yang lagi senang.. ko topup jer duit dalam mesin tue, otomatik dah ada kad kredit personal.. huhu, student pun bleh buat kad kredit virtual nie.. pastue bleh laa shopping online, bayar bil.. bla3..

    1. Yups, memudahkan dah. Hanya swipe jer untuk bayaran.

      Oh, Virtual Credit Card. Dekat Malaysia pun ada, tapi takdelah sampai guna mesin automatik tu.
      Kebanyakan orang beli VCC ni untuk aktifkan Paypal.

  2. aik.. ko kena byar RM 8 nak tukar? Aku pun mula2 igt kena, sebab kat Internet kata kena. tapi aku pergi CIMB USJ 9, dia kata tak payah. End up, aku tukar dari ATM CIMB Islamic ke CIMB Islamic Debit Card, FOC. :)

  3. saya pun sudah pakai CIMB bank debit master card. memang berbaloi bila guna kemudahan yang baru diperkenalkan oleh CIMB bank. SHOPPING SHOPPING…..

  4. salam,sy da wat debit card cimb tpi sy xde akaun cimb,so camne nk cek baki yg ade dlm kad tue ek?
    nk gune internet die minte paswod lak….

  5. salam..
    nak tanye lah..aku je baru buat cimb debit mastercard tu..
    masalah nye sekarang aku tak boleh nak purchase online..
    kenape ye?…

    1. a’ah.. nak tanya jugak. aku ada try nak beli barang online kat us, bayar ikut mastercard. tapi kluar error. cimb debit mastercard ni tak laku ke kat luar negara atau kena aktifkan apa-apa.. camner?

  6. aku baru dapat cimb debit cad kalu makan kat old town nak bayar pakai debit tak payah p kat kaunter ke, just bg je kat casher.. mcm mana transaksi dibuat jika kita tak masukkan pin seperti pergi membeli belah di supermaket ke kena masuk no pin.. tak sama gan mkn kat old town ke.. mcm na berlaku tolong beri penjelasan bro.. ka casher kena wak mesin mai kat meja aku suwuh masuk pin.. aku mang malas bgn dah.. hey2

Comments are closed.