Sistem Tempahan Bilik Kuliah

Dalam Sistem Tempahan Bilik Kuliah ini, ianya menggunakan backend Classic ASP dan Microsoft Access sebagai database, sistem ini bertujuan untuk menguruskan jadual pengurusan bilik kuliah yang simple untuk IPTA di Shah Alam.

Sistem tempahan bilik kuliah ni database dia pun just relation biasa jer, takde relationship dan normalisation yang betul-betul. Kira follow konsep CRUD jer. Maka, di hujung entri ini boleh muat turun sendiri sistem tersebut dan implement dalam komputer masing-masing.

Oh ya, bila sebut IIS, secara formalnya, mestilah perlukan Internet Information Service (IIS), so boleh configure komputer korang untuk enablekan IIS support. Kalau tak reti sangat, boleh downlod IIS7.5 dari Microsoft Web Platform Installer.

Selain dari itu, Sistem Tempahan Bilik kuliah ini adalah DSN-less, jadi boleh terus tarik data dari database tanpa menggunakan Data Source Name. Hanya ubah data source location jer.

Jadi, saya harap jika korang muat turun sistem ni, dapat memanfaatkannya, manalah tau kalau-kalau gunakan sistem ni untuk bukan sahaja sebagai assignment, tapi seperti kegunaan booking library untuk projek Nilam yang selalu sekolah-sekolah buat, ataupun booking makmal etc.

Klik disini untuk muat turun Sistem Tempahan Bilik Kuliah bersaiz 600kb sahaja. 


Komen telah ditutup