Senarai Cadangan Tajuk PSM dan FYP

Bagi kebanyakan pelajar tahun akhir yang menjalani telah latihan praktikal atau pun menjadi salah satu keperluan kursus untuk membangunkan aplikasi atau sistem maklumat lengkap dan kali ini nak berkongsi senarai cadangan tajuk PSM atau juga dikenali sebagai FYP.

Mungkin ada yang pernah dengar atau pernah jumpa, bila ditulis dalam blog macam ni, bukan semua orang pernah dengar idea tu, ye tak?

Antara cara paling senang nak cari idea untuk buat sesuatu sistem maklumat ni ialah dengan melihat sistem sedia ada dan apa yang boleh korang tambah baik dan bagi yang buat sistem semasa praktikal, jadi lepas praktikal selalunya dah ada tajuk, kalau supervisor tak kasi tajuk, korang tengok sendiri apa yang boleh korang tambah baik dalam jabatan tu.

Sistem Maklumat Lokasi Latihan Industri atau Praktikal

Sistem ini bertujuan merekodkan lokasi dan senarai tempat-tempat latihan industri atau praktikal untuk dipilih oleh para pelajar. Secara kasarnya sistem ini agak mudah namun bergantung kepada business rule yang diadaptasi ke dalam sistem. Sesuai dibangunkan menggunakan PHP/MySQL atau sebarang pengaturcaraan berasaskan web.

Sistem Maklumat Pengurusan Pelatih dan Pelajar Praktikal

Sistem ni lebih kurang internship atau system yang merekodkan data-data student praktikal di sesebuah organisasi termasuklah jabatan untuk intern, elaun, maklumat akademik, kolej dan institusi pendidikan, maklumat peribadi dan sebagainya. Mempunyai beberapa sub-modul tu mestilah. Sistem ni lebih kepada HR dan sesuai dibangunkan dalam kaedah standalone dan web.

Sistem Pengurusan Jualan (Point of Sales)

Gambaran sistem ini adalah untuk digunakan secara skala kecil namun boleh dipraktik kan sehingga ke pasaraya besar. Sistem ini mengandungi modul yang boleh merekodkan jualan, penjanaan invois/resit dan pengurusan item dalam inventori.

Sistem Pengesanan Direktori Fail / Buku / Thesis

Secara kasarnya, sistem ini mudah kerana ianya berfungsi menyimpan nombor akses dan rujukan bagi fail / buku / bahan serta status bahan di rak. Pengguna hanya perlu merujuk sistem ini untuk mendapatkan nombor akses fizikal (physical accession number) di rak. Sesuai dibuat dalam bentuk standalone. Klik untuk contoh sistem.

Sistem Katalog Perpustakaan Awam (Online Public Access Catalogue – OPAC)

Sistem ini bertujuan untuk merekodkan senarai buku, jilid, dan bahan yang terdapat dalam sesebuah perpustakaan dengan lebih tepat dan efisyen. Sistem ini turut membolehkan pengesanan buku hilang, pembayaran denda, keahlian, penjanaan rekod transaksi dilakukan dengan lebih cepat. Klik untuk contoh sistem.

Sistem Pengurusan Klinik dan Rekod Cuti

Sistem ini berfungsi untuk merekodkan data pesakit dengan lebih efisyen dan menjana sijil cuti sakit secara maya. Sistem ini turut berkebolehan untuk melogkan lawatan dan maklumat perubatan. Bagi sesetengah kes, sijil cuti sakit yang dijana diberikan kod rujukan yang mana boleh diakses dan disemak secara atas talian bagi mengurangkan risiko berlakunya penipuan sijil cuti sakit atau dokumen sijil cuti palsu.

Sistem Pengesanan Pergerakan Aset / Inventori / Staf

Sistem ini berfungsi untuk merekodkan status penggunaan aset dalam sesebuah organisasi. Sebagai contoh, sesetengah jabatan membenarkan staf menggunakan aset dengan syarat staf perlu merekodkan penggunaan dalam dokumen.Staf yang direkodkan perlu bertanggungjawab terhadap aset dan membayar ganti rugi sekiranya berlaku rosak/kehilangan pada aset.

Jika merekodkan pergerakan staf. Jadi, boleh tahu kalau-kalau staf ni berkursus, cuti dan sebagainya dan lebih menarik sekiranya sistem ini dijadikan modul sistem yang lebih besar.

Oh ya, untuk pergerakan staf, sekiranya korang seorang bakal warga pendidik (mungkin student UPSI?), tahu kan yang kebanyakan sekolah ada konsep guru ganti atau relief, jadikan itu sebagai salah satu module dalam sistem ni.

Sistem Pengurusan Temujanji

sistem ini bertujuan untuk membolehkah pelajar buat temujanji secara online, memilih hari dan tarikh (kecuali cuti umum dan hujung minggu), melakukan pemilihan slot masa dan seterusnya menghantar permohonan temu janji. Setelah dihantar, pensyarah boleh terima atau tolak permohonan untuk temunjanji tersebut, sebagai contoh kalau temujanji tu untuk perkara yang boleh diselesaikan dalam kelas. Klik untuk contoh sistem.

Sistem Peperiksaan Atas Talian

Sistem ini menumpukan kepada pengguna untuk melakukan ujian atau kuiz secara masa nyata dalam talian. Markah direkodkan dan pencapaian pengguna direkodkan secara berkala berdasarkan ujian yang telah dilakukan oleh pengguna. Sila hubungi saya untuk demo dan maklumat lanjut. Klik untuk contoh.

Sistem Tempahan Bilik Mesyuarat / Bilik Kuliah / Makmal / Hotel / Kenderaan

Sistem ini antara yang paling popular dan hampir 80% pelajar yang saya temui memilih atau diarahkan untuk membangunkan sistem ini. Sistem ini berfungsi untuk merekodkan permohonan tempahan dan sekiranya perlu, pengguna dengan taraf lebih tinggi (pentadbir) akan meluluskan atau membatalkan rekod tempahan. Organisasi juga boleh beroperasi dengan lebih efisyen dan tempahan bertindan dapat dikurangkan. Klik untuk contoh sistem.

Sistem Pengurusan dan Pemberitahuan Acara

Sistem ini bertujuan untuk merekodkan acara dan melihat sebarang acara bertindan dalam sesebuah organisasi. Sistem ini turut memfokuskan hubungan interaktif melalui web, e-mel dan SMS kepada pengguna.

Sistem Pengurusan Kolej Kediaman / Asrama

Sistem ini bertujuan untuk memudahkan pelajar melakukan permohonan bilik dan memilih rakan sebilik di kolej kediaman sesebuah universiti. Sistem ini turut berkebolehan menyaring pelajar tidak berkelayakan dari melakukan permohonan secara automatik.

Jika perlu, sistem ini turut boleh mengira jumlah sewa yang akan dicajkan kepada pelajar dan menyemak kekosongan bilik yang ingin dipilih.

Pemetaan Elektronik Universiti Menggunakan GIS

Buat peta elektronik untuk kawasan dalam universiti masing-masing menggunakan Geographical Information System (GIS). Boleh buat secara web-based atau mobile apps.

Sistem Maklumat Pelajar

Sistem ini dikategorikan kompleks dan bertujuan untuk merekodkan maklumat pelajar dan rekod akademik dalam sesebuah institusi pengajian. Sistem ini seharusnya mengandungi beberapa modul seperti rekod peribadi, kesihatan, akademik, biasiswa dan tajaan, transkrip dan sebagainya. Sistem ini tidak sesuai dibangunkan jika masa yang diberikan kurang dari enam bulan.

Kalkulator Berasaskan Web

Sistem lebih seperti note atau kalkulator, sebagai contoh untuk mengira CGPA, penukaran unit untuk resepi atau pun mengira kitaran. Untuk maklumat lanjut contoh system, boleh klik disini.

Sistem E-Perniagaan

Sistem ini mengadaptasi konsep jual beli. Mengandungi konsep asas seperti inventori item, troli niaga, penjanaan resit dan katalog item. Untuk lebih menarik, korang digalakkan untuk menambahkan inovasi baru dalam sistem e-commerce seperti ini seperti kebolehupayaan perbualan seperti video chat, pembayaran automatik, ujian minat, warna dan corak, tekstur dan sebagainya. Klik untuk contoh sistem.

Sistem Pengurusan Kehadiran Pelajar

Salah satu modul dari Sistem Maklumat Pelajar yang mana boleh dibangunkan secara berasingan. Sistem ini melogkan kehadiran pelajar ke kuliah dan mengurangkan risiko berlakunya kehadiran palsu. Imbasan akan dilakukan pada komputer riba pensyarah (imbas kad pintar atau MyKad), kemudian data akan dimasukkan ke dalam sistem.

Pengurusan Akses PC menggunakan Direktori Aktif

Sistem ini salah satu sistem yang amat berguna jika dibangunkan di IPT yang mana pelajar boleh menggunakan komputer di perpustakaan atau makmal dengan menggunakan akaun bersepadu yang dicipta dalam sistem direktori aktif. Cara ini membolehkan penggunaan komputer dikawal dan dilogkan. Projek ni juga sesuai untuk networking project.

So, that’s it. Kepada mereka yang nak develop sistem untuk PSM ni, semoga berjaya. Kalau perlukan idea, bahan rujukan atau bantuan dalam pembangunan sistem, silalah hubungi saya.


Komen telah ditutup