Sistem Pengurusan Fail dan Dokumen

Saya dapat idea ni dari seorang rakan yang bekerja di sebuah jabatan kerajaan di selatan tanah air, lebih kurang 3 minggu lepas, dia ada jumpa bagi melihat-lihat semula sistem pengurusan fail yang telah beliau bangunkan untuk kegunaan pejabat. Tak pastilah samada pejabat tu memang akan guna.

Sebelum dihubungi beliau, saya juga pernah menyarankan sistem ini dalam entri senarai tajuk projek sistem maklumat. Hal ini kerana, boleh dikatakan hampir kebanyakan student PSM yang saya jumpa, mesti buat projek yang nak dekat sama.

Jadi, mengambil inisiatif berdasarkan business rule yang diterangkan, saya cuba membangunkan semula dalam bentuk standalone, yakni menggunakan Visual Studio 2012. Tujuan develop pun adalah untuk evaluation submission dan sekadar suka-suka melihat apa yang baru dalam Visual Studio 2012.

Alhamdullilah, Visual Studio baru dan lama untuk aplikasi basic CRUD ni memang takde masalah. Aplikasi berjaya dibangunkan  kurang 3 jam sahaja (basic concept of CRUD + businesss rule). Pengurusan pangkalan data pun lebih mudah sebab menggunakan SQL CE4 berbanding Microsoft Access kan. So, here it is, Sistem Pengurusan Fail dan Dokumen.

Business Rule

Menurut empunya sistem sebenar (web), Sistem Pengurusan Fail dan Dokumen jabatan beliau akan merekodkan senarai nama fail dan lokasi fail tersebut didalam rak. Seterusnya, pentadbir sistem akan memadankan fail tersebut dengan staf yang berminat untuk meminjam fail tersebut. Dengan memadankan fail dan rak itu kepada staf, individu lain boleh mengetahui samada staf tersebut tersedia atau sedang dipinjamkan oleh pengguna lain.

Begitu jugalah yang diterapkan dalam aplikasi yang dibangunkan menggunakan Visual Studio 2012 ni. Staf diberi kebolehupayaan untuk mencari fail melalui nombor akses dan sekiranya fail tersebut sedia, ianya boleh dipinjam, tapi kalau fail tu tak tersedia, tak boleh. Selain itu, staf lain boleh tahu siapa yang meminjam sesebuah fail dan dokumen tersebut.

 Teknikal

Bagi pelajar yang memilih untuk membangunkan sistem yang hampir sepadan dengan diatas, bolehlah download source code yang disediakan di penghujung entri ini nanti.

Untuk kemudahan korang, disini saya maklumkan bahawa sistem ini dibangunkan menggunakan Visual Studio 2012, pangkalan data jenis SQL Compact Edition 4 dan menggunakan .NET Framework 4.5 sebagai keperluan wajib. Jadi, sekiranya korang ingin mengubahsuai aplikasi ini semula, sekiranya korang takde Visual Studio 2012, korang wajib muat turun.

Untuk pengetahuan, sistem yang diberikan adalah ringkas dan mungkin terdapat beberapa function yang tak disertakan. Jadi, ia adalah tugas korang untuk sertakan bersama. Bagi yang dah baru, mungkin boleh anggap ini sebagai tapak untuk memulakan sistem pengurusan fail mengguna VB sendiri. At least dah ada layout and you all know where to start, sebarang masalah, boleh hubungi saya.

Sistem yang akan diberikan adalah sekadar contoh sahaja, sekiranya anda inginkan sistem yang lebih lengkap untuk kegunaan sebenar (e.g: pengurusan fail di pejabat, dll), boleh e-mail saya untuk perbincangan lanjut. Klik disini untuk memuat turun fail dan kod sumber system.


Komen telah ditutup