Sistem Pengurusan Temujanji

Artikel kali ini nak lepaskan kod sumber projek sistem maklumat yang diberi nama Sistem Maklumat Pengurusan Temujanji atau E-Appointment. Tidak, ini bukan projek temu janji nak dating ke apa. Okey, berbalik kepada projek, temujanji yang di maksudkan ialah temu janji antara pelajar dan pensyarah dalam sesebuah fakulti. Biasa lah jadi student ni, macam-macam hal, nak discuss assignment lah, PSM dan sebagainya.

Analisis Masalah dan Kekangan Sistem

Kebiasaanya, untuk seseorang pelajar tu jumpa pensyarah diorang, satu consultation hour akan diwujudkan. Sebagai contoh, Selasa, 2.30 ptg – 3.40 ptg. Manakala, di sesetengah universiti, pihak pengurusan yang sediakan waktu untuk consultation, misalnya setiap Jumaat petang.

Jadi, sistem ini bertujuan untuk membolehkah pelajar buat temujanji secara online, memilih hari dan tarikh (kecuali cuti umum dan hujung minggu), melakukan pemilihan slot masa dan seterusnya menghantar permohonan temu janji. Setelah dihantar, pensyarah boleh terima atau tolak permohonan untuk temunjanji tersebut, sebagai contoh kalau temujanji tu untuk perkara yang boleh diselesaikan dalam kelas.

Halaman Utama

Temujanji dengan Pensyarah

Mengenai role pengguna, secara umumnya terdapat 3 jenis pengguna yang terlibat dalam projek ini iaitu Pentadbir, Pensyarah dan Pelajar. Bagi Pelajar fungsinya adalah seperti yang berikut :

  1. Menyemak tarikh dan slot Pensyarah sebelum melakukan proses temujanji.
  2. Melaksanakan tempahan dan menyemak status temujanji.
  3. Menyemak rekod sejarah temujanji yang telah dihantar.

Manakala, bagi Pensyarah pula, fungsinya adalah seperti yang berikut :

  1. Menuruskan profil dan akaun peribadi.
  2. Mengurukan itenerari, jadual, dan slot masa keberadaan.
  3. Melakukan semakan dan mengesahkan atau meminda temujanji yang dihantar oleh pelajar.
  4. Melakukan penjanaan laporan mengikut pelajar dan bulan.

Pengesanan

Pengesanan Status

Bagi role Pentadbir pula, kebolehan yang dilakukan adalah seperti berikut:

  1. Menguruskan rekod Fakulti dan staf Pensyarah yang wujud dalam sistem.
  2. Menguruskan rekod Cuti-Cuti Umum dan tarikh-tarikh penting.

Log Masuk

Rekabentuk dan Pembangunan

Sistem ini dibangunkan oleh saya menggunakan bahasa Visual Basic .NET,  teknologi Web Form di atas framework ASP.NET 4.0. Untuk pangkalan data pula, Microsoft SQL Server 2012 digunakan dan untuk front-end, dah jadi kewajipan untuk kekal guna Bootstrap 3.0 supaya sistem ini responsif dalam mengambil paparan mengikut peranti pengguna. Memandangkan ini adalah sistem berasaskan web, maka ia boleh dicapai oleh sesiapa sahaja yang mempunyai akses capaian internet.

Berkenaan dengan pangkalan data, terdapat 13 jadual digunakan dan telah dinormalizekan untuk memudahkan korang update jika perlu. Data penggunakan menggunakan ASP.NET Membership Provider dan ASP.NET Role Provider. Cuma untuk simpanan data pengguna tambahan (macam Fakulti, Nombor KP), aku tak gunakan ASP.NET Profile Provider, sebaliknya menggunakan jadual yang berlainan.

Visual Studio 2013

Oh ya, untuk makluman, sistem ni dibangunkan menggunakan IDE Microsoft Visual Studio 2013 Professional. Tapi, kalau korang guna version lama, iaitu Visual Studio 2012, aku rasa masih boleh buka tanpa sebarang masalah.

Kesimpulan

Baiklah, rasanya setakat ini sahajalah artikel mengenai Sistem Maklumat Pengurusan Temujanji atau E-Appointment ini. Projek ini adalah untuk edaran percuma sebab  saya saja-saja develop. Korang boleh gunakan untuk idea Final Year Project (FYP) korang (jika tajuk sama), rujukan untuk assignment, atau gunakan terus untuk fakulti masing-masing.

Kemaskini Mei 2017: Muat turun versi MVC disini. Sila baca nota yang disediakan juga sebelum pemasangan. Sebarang pertanyaan, sila klik disini.